Sunday, 26 February 2012

Kisah Dua Ekor Tikus



Pada suatu hari saintis ingin melakukan kajian keatas dua ekor tikus nih.. sekor tikus putih. sekor tikus hitam..
mula-mula.. saintis letak tikus putih didalam air.. lalu tikus putih ini berusaha untuk menimbulkan diri.. lalu saintis pun mengeluarkan tikus putih itu dari air.. dan meletakkan tikus hitam pula.. tp.. yg peliknya.. tikus hitam ini.. lansung tak mahu cuba untuk mengapungkn diri.. lalu dia tenggelam dan saintis mengeluarkan dia...
keesokan harinya.. saintis buat perkara yang sama tapi hasilnya tetap sama... tikus hitam tetap malas untuk mengapungkn diri.. manakala tikus putih makin lancar... setiap hari.. perkara yang sama dilakukan. dn hasilnya tetap sama... akhirnya tikus putih sudah pandai mengapungkan diri (berenang).. dan tikus hitam tak dapat apa-apa... lalu.. tikus putih tanya pada tikus hitam "Kenapa kau tak mahu cuba?".. lalu tikus hitam menjawab"Alah.. tak ada faedah ape pon kat kite.. nanti dia lepaskan kita juga.. tak penting pun berenang ni" Tikus putih diam..
Pada suatu hari, seorang budak mencerobohi makmal saintis itu. dan mencuri dua ekor tikus tadi..lalu dicampaknya dua ekor tikus tadi kedalam longkang yang dalam... akhirnya.. tikus putih hidup kerana berjaya mengapungkan diri (berenang) manakala tikus hitam mati lemas..

Pengajarannya: Jangan memandang remeh terhadap mana-mana ilmu.. dan jika ada peluang belajarlah.. kerana.. Ianya akan menjamin masa depan anda.. jangan jadi seperti tikus hitam yang tak pandai menggunakan peluang. :) semoga anda ambil iktibar dari cerita ini. :)

No comments:

Post a Comment