Saturday 10 March 2012

Cerita Burung Kakak Tua



Ada seekor burung kakak tua yang tinggal di kelab malam.Pada suatu hari kelab malam itu terpaksa ditutup dan burung kakak tua yang bernama Coco itu pun dijual di kedai haiwan.Selama 5 bulan burung itu berada disitu tidak ada siapa yang mahu membelinya.Sebabnya tidak diketahui.Namun,pada suatu hari ada seorang wanita datang untuk membelinya. Burung ini pada mulanya diam sahaja. Namun, bila sampai dirumah wanita itu, bermacam-macam kata kesat dan lucah dituturnya.Mungkin kerana sudah biasa mendengar kata-kata kesat di kelab malam dahulu.Sehingga anak wanita itu terikut-ikut.Akhirnya wanita itu terpaksa melepaskan burung itu kerana risau ia boleh mempengaruhi anaknya.

Kesimpulannya: Keadaan sekeliling juga mempengaruhi kita dari segi penampilan,pertuturan dan perbuatan.

YOU ARE WHAT YOU READ

Friday 9 March 2012

Kata-Kata Mutiara Imam Syafii Tentang Kehidupan





1.Belajarlah ilmu fiqah sebelum kamu menjadi ketua kerana jika tidak kamu tiada kesempatan untuk
   mempelajarinya.

2.Menuntut ilmu lebih baik dari sembahyang sunat.

3.Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alasan-alasan, ditutup kekurangan dan
   dan diampun kehinaannya.

4.Sesiapa hendak dunia maka hendaklah dia mencari ilmu dan siapa-siapa berkehendak kepada akhirat,
   juga hendaklah dia mencari ilmu.

5.Seseorang tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu melainkan dia menuntut semasa dalam kemiskinan.

6.Sesiapa menuntut ilmu hendaklah dia mendalaminya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.

7.Kemiskinan orang berilmu, ialah kemiskinan ikhtiar, manakala kemiskinan orang jahil ialah ialah
   kemiskinan kesusahan.

8.Insan yang paling tinggi darjatnya ialah yang tidak melihat darjatnya, dan insan paling mulia ialah
   insan yang tidak melihat kemuliaannya.

9.Persahabatan dengan orang yang tidak takut kepada keaiban akan mendapat malu diakhirat.

10.Orang yang menjaga maruah sentiasa dalam perjuangan.              

Resepi Ayam Masak Merah

Asslm mula-mula aku nak buat pengakuan yang aku ni bukannya pandai memasak sangat
setakat ni pandai masak Maggi,Telur,benda-benda segera yang lain hehe :) Tapi, macam mana pun hari ni
aku nak share dengan korang resepi yang aku dapat dari majalah lama mak aku. Haha :) maklumlah takde idea nak update ape. so aku bedal je lah ape saje. :) heee :)

Bahan-bahan:
*1 ekor ayam-dipotong dan siap digoreng.

BAHAN A:
*2 ketul halia
*7 ulas bawang putih
*5 batang serai

p/s:Jangan lupa kisar bahan A tadi ye :)

BAHAN B:
*2 batang kulit kayu manis
*5 kuntum bunga lawang

BAHAN C:
*2 senduk besar cili kering
*7 ulas bawang merah besar

P/s: Bahan C pun jangan lupa kisar eh :)

BAHAN PERASA:
*serbuk perasa,sos cili,sos tiram, garam dan gula

Cara membuatnya:

1.Panaskan minyak dan goreng bahan A dan B sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan bahan C. Masak sehingga mendidih dan barulah dimasukkan bahan perasa.
3.Biarkan sehingga sebati.Setelah masak, masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sehingga sebati.

sekarang anda baru saja menyiapkan Ayam Masak Merah.  hidangkan dengan kreativiti masing-masing. :)

MATA DUITAN




Pada suatu hari seorang budak bernama Ahmad sedang duduk menunggu bapanya menjemputnya pulang dari sekolah.Di sebelahnya terdapat seorang pakcik tua yang berpakaian kemas. Ahmad sedang bermain-main dengan duit syiling di tangannya. Sedang asyik dia bermain dengan duit itu, tiba-tiba duit itu terjatuh ke lantai 
pakcik tua itu cepat-cepat memandang ke arah duit itu.Ahmad amat terkejut dengan tindakan pakcik itu. Ahmad pun menjatuhkan duit syiling itu dengan sengaja buat kali kedua dan pakcik itu melakukan perkara yang sama. Ahmad yang berfikiran nakal pun melakukan perkara yang sama sekali lagi dan pak cik itu melakukan benda yang sama. Ahmad yang menyangka pakcik itu mata duitan pun mencampakkan duit syilingnya di hadapan pakcik itu. Belum sempat duit itu mencecah lantai pakcik itu sudah menangkapnya.
Ahmad tercengang melihat gelagat pakcik itu.Pakcik itu membuat muka selamber dan meninggalkan Ahmad berseorangan disitu.Ahmad menceritakan perkara itu kepada bapanya di dalam kereta dan bapanya hanya ketawa.


Kesimpulannya: Jangan lah menjadi seorang yang mata duitan kerana ianya memalukan diri sendiri. Lagipun duit itu bukan selamanya.Hanya ILMU yang kekal selamanya :) moga amek iktibar                                                                       

Thursday 8 March 2012

Rupa Tak Penting :)

 Sejak kebelakangan ni aku tengok budak-budak suka tengok muka. So,aku pun membuat eksperimen .
korang tengok lah sendiri ye. :)



                                           Mana lagi cantik? Pemadam A or B?
                                           Mesti ramai cakap B kan? :) lihat hasilnya.




Eksperimennya ialah mana satu padam lagi bersih.
Ini benar. jangan terkejut bila lihat hasilnya :)




TADAA!! Ini hasilnya. :) Tak jelas? scroll bawah lagi :)



HASIL PEMADAM A! :)




HASIL PEMADAM B! :)

Saturday 3 March 2012

10 Amalan Yang Dilaknat

1.Memaki ibu bapa sendiri:
   Seorang mengutuk ibu bapa orang lain kemudian orang itu mengutuk ibu bapanya balik


2.Derhaka kepada ibu bapa:
   Tidak mendengar kata/melawan/meninggikan suara/menyakiti hati ibu bapa.

3.Menjadikan orang lain sebagai ayah:
   Maksudnya bukan mengambil ayah angkat tetapi menjadikan orang lain sama seperti bapa kandung.

4.Bertuan kepada orang lain:
   Paham-paham sendirilah maksudnya. Aku tak tau nak explain macam mana..

5.Imam yang dibenci oleh jemaah:
   Seorang imam yang dibenci oleh makmum kerana kelakuannya dan bacaannya tidak betul tetapi dia merasa        
   pandai.Biasanya tiada siapa menyuruhnya menjadi imam tetapi dia tampil dengan sendiri.

6.Tidak memenuhi panggilan solat:
   Mendengar azan tetapi tidak pergi menunaikannya dengan segera.

7.Orang yang mengamalkan riba:
   Orang yang mengamalkan riba dalam kehidupan.

8.Minum arak:
   Meminum arak/alkohol/minuman yang memabukkan.

9.Sembelihan atas nama selain dari Allah:
   Tidak menyebut nama Allah atau berniat kerana Allah ketika menyembelih sebaliknya menyebut atau                    
   berniat  kerana benda lain yang tidak setanding dengan Allah yang Maha Berkuasa.

10.Membuat gambar makhluk bernyawa:
     Melukis gambar manusia atau binatang. Kalau nak sangat lukis, lukis lah gambar yang tak bernyawa.

Sebenarnya ada banyak lagi amalan yang dilaknat.Tapi tak sempat nak type semua.. takpelah. nanti aku post lagi eh :) moga amek iktibar. :)


  

Sunday 26 February 2012

Kisah Dua Ekor Tikus



Pada suatu hari saintis ingin melakukan kajian keatas dua ekor tikus nih.. sekor tikus putih. sekor tikus hitam..
mula-mula.. saintis letak tikus putih didalam air.. lalu tikus putih ini berusaha untuk menimbulkan diri.. lalu saintis pun mengeluarkan tikus putih itu dari air.. dan meletakkan tikus hitam pula.. tp.. yg peliknya.. tikus hitam ini.. lansung tak mahu cuba untuk mengapungkn diri.. lalu dia tenggelam dan saintis mengeluarkan dia...
keesokan harinya.. saintis buat perkara yang sama tapi hasilnya tetap sama... tikus hitam tetap malas untuk mengapungkn diri.. manakala tikus putih makin lancar... setiap hari.. perkara yang sama dilakukan. dn hasilnya tetap sama... akhirnya tikus putih sudah pandai mengapungkan diri (berenang).. dan tikus hitam tak dapat apa-apa... lalu.. tikus putih tanya pada tikus hitam "Kenapa kau tak mahu cuba?".. lalu tikus hitam menjawab"Alah.. tak ada faedah ape pon kat kite.. nanti dia lepaskan kita juga.. tak penting pun berenang ni" Tikus putih diam..
Pada suatu hari, seorang budak mencerobohi makmal saintis itu. dan mencuri dua ekor tikus tadi..lalu dicampaknya dua ekor tikus tadi kedalam longkang yang dalam... akhirnya.. tikus putih hidup kerana berjaya mengapungkan diri (berenang) manakala tikus hitam mati lemas..

Pengajarannya: Jangan memandang remeh terhadap mana-mana ilmu.. dan jika ada peluang belajarlah.. kerana.. Ianya akan menjamin masa depan anda.. jangan jadi seperti tikus hitam yang tak pandai menggunakan peluang. :) semoga anda ambil iktibar dari cerita ini. :)