Friday, 9 March 2012
Kata-Kata Mutiara Imam Syafii Tentang Kehidupan
1.Belajarlah ilmu fiqah sebelum kamu menjadi ketua kerana jika tidak kamu tiada kesempatan untuk
mempelajarinya.
2.Menuntut ilmu lebih baik dari sembahyang sunat.
3.Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alasan-alasan, ditutup kekurangan dan
dan diampun kehinaannya.
4.Sesiapa hendak dunia maka hendaklah dia mencari ilmu dan siapa-siapa berkehendak kepada akhirat,
juga hendaklah dia mencari ilmu.
5.Seseorang tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu melainkan dia menuntut semasa dalam kemiskinan.
6.Sesiapa menuntut ilmu hendaklah dia mendalaminya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.
7.Kemiskinan orang berilmu, ialah kemiskinan ikhtiar, manakala kemiskinan orang jahil ialah ialah
kemiskinan kesusahan.
8.Insan yang paling tinggi darjatnya ialah yang tidak melihat darjatnya, dan insan paling mulia ialah
insan yang tidak melihat kemuliaannya.
9.Persahabatan dengan orang yang tidak takut kepada keaiban akan mendapat malu diakhirat.
10.Orang yang menjaga maruah sentiasa dalam perjuangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment