Friday, 9 March 2012

MATA DUITAN




Pada suatu hari seorang budak bernama Ahmad sedang duduk menunggu bapanya menjemputnya pulang dari sekolah.Di sebelahnya terdapat seorang pakcik tua yang berpakaian kemas. Ahmad sedang bermain-main dengan duit syiling di tangannya. Sedang asyik dia bermain dengan duit itu, tiba-tiba duit itu terjatuh ke lantai 
pakcik tua itu cepat-cepat memandang ke arah duit itu.Ahmad amat terkejut dengan tindakan pakcik itu. Ahmad pun menjatuhkan duit syiling itu dengan sengaja buat kali kedua dan pakcik itu melakukan perkara yang sama. Ahmad yang berfikiran nakal pun melakukan perkara yang sama sekali lagi dan pak cik itu melakukan benda yang sama. Ahmad yang menyangka pakcik itu mata duitan pun mencampakkan duit syilingnya di hadapan pakcik itu. Belum sempat duit itu mencecah lantai pakcik itu sudah menangkapnya.
Ahmad tercengang melihat gelagat pakcik itu.Pakcik itu membuat muka selamber dan meninggalkan Ahmad berseorangan disitu.Ahmad menceritakan perkara itu kepada bapanya di dalam kereta dan bapanya hanya ketawa.


Kesimpulannya: Jangan lah menjadi seorang yang mata duitan kerana ianya memalukan diri sendiri. Lagipun duit itu bukan selamanya.Hanya ILMU yang kekal selamanya :) moga amek iktibar                                                                       

No comments:

Post a Comment