Friday, 9 March 2012

Resepi Ayam Masak Merah

Asslm mula-mula aku nak buat pengakuan yang aku ni bukannya pandai memasak sangat
setakat ni pandai masak Maggi,Telur,benda-benda segera yang lain hehe :) Tapi, macam mana pun hari ni
aku nak share dengan korang resepi yang aku dapat dari majalah lama mak aku. Haha :) maklumlah takde idea nak update ape. so aku bedal je lah ape saje. :) heee :)

Bahan-bahan:
*1 ekor ayam-dipotong dan siap digoreng.

BAHAN A:
*2 ketul halia
*7 ulas bawang putih
*5 batang serai

p/s:Jangan lupa kisar bahan A tadi ye :)

BAHAN B:
*2 batang kulit kayu manis
*5 kuntum bunga lawang

BAHAN C:
*2 senduk besar cili kering
*7 ulas bawang merah besar

P/s: Bahan C pun jangan lupa kisar eh :)

BAHAN PERASA:
*serbuk perasa,sos cili,sos tiram, garam dan gula

Cara membuatnya:

1.Panaskan minyak dan goreng bahan A dan B sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan bahan C. Masak sehingga mendidih dan barulah dimasukkan bahan perasa.
3.Biarkan sehingga sebati.Setelah masak, masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sehingga sebati.

sekarang anda baru saja menyiapkan Ayam Masak Merah.  hidangkan dengan kreativiti masing-masing. :)

2 comments: